Ikan Keli
Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan.apabila pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. ketika sedang menyiang...

Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? hidup lagi ni.

Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?

Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis la pulak.

Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendam saja ikan tu dalam air, Kasi lemas ikan tu.sekejap lagi mampos la tu.

Mak Andih: %&*#%$

Kereta Baru
Al-kisah pada suatu hari, Pak Pandir keluar ke bandar bersama Mak Andeh untuk membeli sebuah kereta. Anaknya tidak dibawa kerana bimbang penjual kereta tidak mahu menjualkan kereta kepadanya kerana dia sudah mempunyai anak.

"Isteriku Andeh, rasa-rasa orang tu mahu tak jual kereta pada kita?" kata Pak Pandir.

"Kenapa abang tanya macam tu?" balas Mak Andeh.

"Yelah, manalah tahu, dia ingat saya tak mampu nak bayar sebab saya kena bagi awak dan anak kita makan...takut tak cukup duit..." jawab Pak Pandir.

Maka mereka pun tiba di tempat penjualan kereta...

"Saya mahu beli yang ini" kata Pak Pandir sambil menuding jari ke arah kereta Proton Waja berwarna silver.

Setelah membayar wang pendahuluan, Pak Pandir memandu kereta itu pulang. Dalam hati Pak Pandir sudah berkira-kira untuk menunjuk- nunjuk kereta itu di hadapan Pak Kadok. Tapi, tak sampai satu jam, Pak Pandir datang semula ke kedai kereta tadi dengan muka merah
padam.

"Apa ni Encik, jual kereta dah rosak!" si penjual kereta berasa sangat hairan.

"Cuba Encik tengok lampu tepi ni, asal saya nak belok, tak pernah elok, asyik berkelip-kelip je!"

Barah Otak
Satu hari Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor.

Doktor: Serba salah saya hendak memberitahu Pak Pandir nie..tapi saya mesti beritahu Pak Pandir bahawa Pak Pandir telah menghidapi Barah Otak.

Pak Pandir: Yaaaaaahoooooo!!! (melompat kegirangan)

Doktor: Pak Pandir fahamkan maksud saya? (kebingungan)

Pak Pandir: Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya bodoh sangat ke?

Doktor: Habis tu..kenapa gembira sangat?

Pak Pandir: Sebelum ini isteri saya Mak Andir selalu marah saya dengan mengatakan saya “takde otak”. Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak.

Bulan Puasa
Di suatu petang yang cerah .. Pak pandir dan bininya sedang mendengar ceramah agama dari surau yg berdekatan dengan rumah mereka sementara menunggu waktu berbuka puasa . Antara ceramahnya adalah membaca doa sebelum makan.

” Ya tuan-tuan sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang….” kata ustaz itu.

Lalu pak pandir ni pun baliklah bersama bininya petang tue. Semasa sedang berbuka puasa malam tu, pak pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali. Tak cukup dengan tu, tidur malam tu pulak pak pandir nie asyik terkentuuooot memanjang.

Bininya tak tahan, maka tanyalah bininya kepada Pak Pandir, “Awak makan apa sampai jadi camni?”.
“Tadi aku makan julap tak baca doa, biar padan muka syaitan tu…. berak-berak makan julap….muahahahahahaha!!!!!

Sesungguhnya… niat pak pandir memang suci… Lagipon .. bulan puasa mana ade setan kan ?

Pak Pandir nak berbisness
Suatu hari Pak Pandir ingin memulakan satu perniagaan namun masih kekurangan
modal. Oleh itu Pak Pandir berhasrat utk membuat pinjaman di sebuah badan
pinjaman yg di taja oleh kerajaan pada masa itu. Berangkat laa Pak Pandir
bersama Mak Andir ke tempat tersebut.
Setibanya nya di sana Pak Pandir bertemu seorang pegawai di sana. Setelah
mengisi borang dan di temuduga berkata laa pegawai tersebut..
Pegawai : Setelah diteliti permohonan pakcik akan diluluskan secepat mungkin.
Jadi pihak kami akan memberi pakcik pinjaman sebanyak RM20,000.00 tanpa faedah.

Namun dengan muka yg bengis Pak Pandir bingkas bangun utk beredar. Terkejut laa
pegawai tersebut lalu bertanya.
Pegawai : Kenapa pakcik? Ada yg tak kena ke ?
Pak Pandir pun berpaling dan ngan nada yg tinggi berkata.
Pak Pandir : Nak buat ape aku buat pinjaman kalau tak ada "PAEDAH".. Buang masa
aku je laaa....

Pak Pandir pun beredar meninggalkan pegawai tersebut terpinga pinga.