Pages

Thursday, February 17, 2011

Ketawa Lagi!!!

Kisah 1: Terlupa Makan

Pada suatu malam isteri Udin mengejutkan Udin yang sedang nyenya tidur.

Isteri: Bang, bangun bang...bangun la cepat
Udin : Hish! ape ni kejutkan orang tengah-tengah malam ni...
Isteri : Abg terlupa makan ubat...cepatlah bangun...kan doktor dah pesan kena makan ubat sebelum masuk tidur.
Udin : Ubat ape?
Isteri : Ubat tidur
Udin : @#$%^&*????

Kisah 2: Nenek Udin

Udin nak menghantar neneknya ke klinik dengan menaiki motor.

Udin : Mari la naik nek,pegang kuat-kuat ye...nanti jatuh!
Nenek : Italah,nenek pegang kuat-kuat nie...
Udin : Jangan lupa pegang kuat kuat ye nek!! kata Udin lagi mengingatkan..
Nenek : Iya,nenek pegang kuat-kuat la nie...takut sangat.
Udin : Ok,kalau begitu Kita berangkat ya,nek.
lalu Udin merempit motornya tiba-tiba terdengar benda jatuh BUAAAKKK!!!!
Udin terperanjat,lalu menoleh kebelakang dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.
Udin : Lah...kenapa boleh jatuh gak nie?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknya?
Nenek : Nenek da pegang kuat-kuat dah tadi!!!
Udin : Nenek pegang kat mana?
Nenek : Pagar rumah.
Udin : @#$%^^^&?

Contest Pose Menarik La Pulak!!!...hehe


Hai kome,assalammualaikum...cik merah da kne tag oleh cik eliza ler...untuk menyahut cabaran...cik merah kne join la jgk ler contest nie..ate mane nak mbuat nyer orang dah tag...hehe..tapi xpe...walopun cik merah xpandai nak pose2 yang menarik nie tapi cik merah ade terjumpe ler satu picture nie...nak kate menarik..tah ler kome..rasenye macam pelik jer..hehe...xpe kite nengok dulu...jeng...jeng...jeng...

 Ha!!..amek nie!! 
 pelik kan???
nak tau sebab apecikmerah kate pelik??
Pasainyer..ade ker org tangkap gambo atas lantai kat tgh2 jalan,pulak 2 pakai baju kurung ngn laptop plak 2..xpasai2 laptop bro nie terlibat...alamak tapak kasut kotor la...sori..hehehe

hmmmm...nak tag sape ye??...ok,kite tgok sape yang kene....


Wednesday, February 16, 2011

JANGAN!!! buat lepas makan...

Haaa....nak tau ape yang kite xleh wat lepas makan?...jom baca:-)Tip Kurus!!!


Jangan Minum Ais 
Dikhuatiri akan mengganggu kelancaran proses penghadaman.

Jangan Mandi 
Mandi dikatakan boleh melancarkan proses pengaliran darah dikaki,tangan dan bahagian badan lain tetapi bukan diperut. Maka, ini akan melemahkan proses penghadaman dalam perut anda.

Jangan Tidur  
Perlakuan ini akan menjejaskan kelancaran proses penghadaman sekali gus meningkatkan risiko sakit gastrik berlaku.

Jangan Merokok
kajian mendapati bahawa menhisap rokok selepas waktu makan akan memberi kesan yang sama dengan menghisap sepuluh batang rokok pada waktu lain.Secara tidak lansung, ini akan meningkatkan risiko anda menghidapi penyakit barah.

Jangan Terlalu Banyak Berjalan
Terlalu banyak berjalan selepas makan akan menyebabkan proses penghadaman terganggu dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan nutrisi makanan.

Itulah die Tips yang dapat dikongsikan bersama jgn sampai jd macam picture kat bawah nie.
Kalo nak tau lebih banyak tips lagi rajin2 la singgah dan baca entri cik merah k..kalo dah singgah tu follow la terus ye..I will follow u back..renung2 kan dan selamat beramal...hehehe

*amboi cikmerah ni pandai je nk bg tip kat org ye..sendiri pon bulat...hehehe

Tuesday, February 15, 2011

Senyum tak Nampak gigi???

mase blogwalking td ternampak la satu segment nie..berbunyik"Senyum tak nampak gigi" bunyiknye mcm kelakar je..tapi nak try la join mana tau dapat adiah ke...hehehe..segment nie muazatul adawiyyah yang wat..sebenarnye cik merah xpenah lg join contest nie..maklum la baru je bape ari wat blog nie..nie pon merangkak2 lg nk paham dunia blogging nie camne...xsangka plak bleh ade contest2 cmni..menarik jugak ye...ini yang wat cik merah btambah semangat berblogging nie..pape pon thanks kat muas sbb wat contest yg simple cam nie sesuai la tuk org baru cam cik merah nie..hehehe

nie gambar nye(ok ke nie??)..hehe
xnmpak gigi kan 2?...hehe..
cik muas camne?agak2 cik merah bleh menang x?

5 org yg bertuah kne tag:
2. matganu



Just For Laught!!!

Kisah 1: Cik Tina

Pada suatu pagi,cik tina ingin menghantar anaknya,farid ke sekolah dengan menggunakan kereta barunya.Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pon berpesan kepada anaknya:

 Cik Tina : Farid,tolong tengok-tengokkan belakang kereta.Kalo langgar pokok beritahu ibu. 
 Farid : Baiklah, ibu!
 Cik Tina : Kena tak?kena tak?
 Farid : Belum,belum .Undurlah lg ibu.
 Cik Tina : Kena tak?kena tak?
 Farid : Undurlah lagi,lagi,lagi.

 Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat,bang!! 

 Farid : Okay Ibu,dah kena pun pokok.
 Cik Tina : Alamak! Macam mana boleh terlanggar pokok?Habis kereta aku.
 Farid : Ibu kata tadi bila kena pokok beritahu, dah kena pokokla tu!!

Kisah 2: Sam & Dol

Sam : Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
Dol : Sebab semalam semasa aku tgh minum lembu tu terajang aku,nasib baik tak mati...
 

Sam : Apasal ko marah dekat taukeh kedai 2 ringgit tu?
Dol : Sebab dia tipu aku.Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit.Kata kedai 2 ringgit.

Sam : aku suh kau tengokkan barang dalam rumah aku,kenapa orang boleh pecah rumah jugak?
Dol : Manalah aku sedar, aku tengah tengok TV kau td..   
 
Sam : Hantu Bungkus?
Dol : Kat mana?
Sam : Kat kedai nasi campur,aku nak beli nasi dah habis.makcik tu kata ada orang dah beli semua. Hantu betullah!!     
 

Buah+Sayuran=Cantik mempersona

Tahukah anda!!!
Buah-buahan dan Sayur-syuran bkn sahaja dijadikan makanan tuk kesihatan,malah berfungsi juga sebagai bahan asas dalam ramuan kecantikan.Kalo nk tau lebih lanjunt,ikuti beberapa petua kecantikan daripada sayur-sayuran dah buah-buahan ini.


Hilangkan kemerahan dengan masker timun
Legakan kerengsaan kulit wajah akibat drpd tekanan,jerawat,dan sebagainya hanya menggunakan timun dah buah kranberi yg boleh menurunkan keradangan.
caranya:
  • sagat sebiji timun dan campukan dgn 2 sudu bsr yogurt serta 1 sudu besar buah kranberi yg dah siap dilecek.
  • Campurkan sume bahan2 tadi menjadi satu adunan.
  • Sapukan bahan2 tadi menjadi masker
  • biarkan 5 hingga 10 mnt n bilas smpi bersih



Putihkan wajah dengan betik
Jadikan kulit wajah kamu lebih bercahaya dgn bhn semula jadi seperti betik,pisang dan air kelapa.
Caranya:
  • campurkan 3 sudu besar betikyg telah dilecek dan 2 sudu besar susu segar,1 sudu besar air kelapa,dan 1 susu bsr yogurt
  • gaul kesemua cmpuran hingga sebati kemudian sejukkn didalam peti sejuk selama 1 jam.
  • sapukan masker td pd wajah yg bersih
  • biar sehingga 5 mnt dan kmudian bilas ngn air.

Asam jawa menghilangkan parut
Bagi yang ada masalah parut 2..jgn risau ade pnyelesaiannye..dengan asam jawa anda bkn saja boleh ilangkan parut malah bpleh miliki tubuh yang lansing tanpa perlu bersenam.
Caranya:
  • ambil segenggam asam jawa,kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air.ramas sehingga menjadi pekat.
  • sapukan secara lembut pada tempat berparut dan parut jerawat.biarkan sehinggga kering dan ulang setiap hari sehingga parut hilang


macam mana kawan2?..mudahkan..jom kte try..selamat mencuba:-)

Monday, February 14, 2011

Tidur lena dengan Kekabu Asli

Hai kawan-kawan..Nak tidur yang lena x???

Cik merah nk promote sket bisnes my mom kat blog nie...alang2 da ade blog ape salahnye tolong mak nk kembangkan bisnes tul x..my mom wat bisnes menjual produk kekabu asli yang sangat digemari ramai..kalo anda rasa tidur anda tak selesa atau selalu sakit tengkuk bile bagun tidur tu..boleh la mencuba dengan produk kekabu asli nie Cik Merah jamin tidur anda lebih lena dari biasa...:-) kalo x caye cubalah dulu baru tau...hehe...Kekabu asli kampung nie jarang ditemui zaman skang nie!!!.Kalo ade pon xbanyak sebab 2 harga die dah mahal sket berbanding dulu..Cara pembuatan barangan kekabu ini adalah secara tradisional. Oleh itu ianya dijamin dan berkualiti tinggi.kalo nk tau my mom bukan saja menjual bantal kebabu sahaja..tetapi pelbagai jenis bantal dan tilam pelbagai saiz ada dijual disini. 

Untuk Dewasa
kami menjual bantal pelbagai saiz,tilam bujang,tilam kelamin dan bantao golek(panjang) 

Untuk Baby 
kami ade jual set tilam baby,bantal comel pelbagai saiz,barut baby,dan sarung tilam baby pelbagai warna dan sulam yang menarik.

Untuk Ibu Mengandung
kami menjual barut dewasa pelbagai saiz

Untuk Nikah
kami ade jual tilam untuk duduk nikah, bantal kahwin,bantal golek+sulam kalo nak.

Kat bwh nie ade beberapa senarai harga barangan yang kami jual..kalo berminat boleh membuat tempahan terus ke nombor telefon yang tertera dalam gambar kat bwah nie atau bleh komen kat entry nie je..Selamat mencuba!!!!

Sunday, February 13, 2011

Apa Warna Anda???

Rahsia Psikologi Warna

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna utama : merah, hijau, kuning dan biru.

Biarpun tidak dapat dinyatakan daripada sudut saintifik, umum menerima warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza dan mempunyai pengaruh dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk personaliti.

Merah - Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.

Merah terang - Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.

Merah jambu - Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.

Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.

Biru tua - Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.

Biru muda - Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.

Kuning - Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.

Kuning terang - Melambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.

Hijau - Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.

Kelabu - Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.

Hitam - Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.

Coklat - Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.

Ungu - Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

Padah Online 24 Jam


Saban hari lahir pelbagai teknologi serba moden yang diwujudkan demi memudahkan kehidupan manusia ERA ini. Walau bagaimanapun ada segelintir manusia masih tidak bijak menggunakan kemudahan yang ada ini secara bijak sana.

Kehadiran Internet ternyata menjadikan kehidupan kita hari ini jauh lebih mudah. Mahu mencari informasi tentang apa pun, hanya perlu menaip pencarian kamu itu di papan kekunci dan ‘klik,’ jawapan akan langsung terpapar di skrin komputer atau telefon bimbit pintar milikmu. Ingin berkomunikasi atau berhubung dengan rakan-rakan lama? Kamu boleh mengaplikasikan laman web jaringan sosial seperti Facebook, Friendster, Twitter dan banyak lagi. Malah jika kamu ingin berbelanja, muat turun lagu, urusan pembayaran/perbankan mahupun memaparkan foto, semuanya boleh kamu lakukan secara online dengan Internet!

Jadi tidak hairanlah jika kehidupan hari ini dirasakan begitu sukar jika tiada Internet. Lebih-lebih lagi semenjak penggunaan BlackBerry semakin rancak diperkatakan. Tidak salah jika kamu ingin menggunakan Internet ini, tetapi berpada-padalah. Jangan sampai ketagih kerana ia akan menyusahkan diri kamu sendiri.


KETAGIHAN?

Individu boleh diklasifikasikan sebagai ketagih Internet jika seluruh kehidupannya tertumpu untuk menggunakan Internet sahaja sehingga mengganggu kehidupan peribadi, sosial dan bermasyarakat. Istilah ketagihan ini tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Jika individu cuma membuka Internet sekali-sekala, perlakuan tersebut masih dikategorikan wajar. Ketagihan hanya boleh dilabelkan kepada individu yang tidak boleh bekerja atau bersosial kerana terlalu sibuk dengan internet sepanjang masa. Contohnya, mangsa akan memulakan aktiviti hariannya dengan Internet sejak dari awal pagi sehingga membuatkannya malas ke kolej atau pejabat. Ataupun, sepanjang berada dalam mesyuarat, si mangsa tidak pernah lekang dengan telefon pintar miliknya. Perlakuan tersebut memang tidak wajar.

REALITI YANG TAK INDAH

Rata-rata mereka yang ketagihan Internet ini berpunca daripada rasa ‘puas’. Kepuasan itu hanya akan mereka peroleh menerusi dunia maya! Secara realitinya, si mangsa mungkin memiliki keperibadian yang agak pemalu. Namun di alam maya, karakternya adalah sebaliknya. Tidak memiliki ramai teman dalam kehidupan nyata? Segala-galanya boleh berubah menerusi Internet. Mangsa boleh berbual dengan ratusan atau ribuan teman baru setiap hari. Ingin menghiburkan diri ke luar negara tetapi tiada simpanan yang mencukupi? Hanya dengan melayari laman-laman web tertentu sesiapa sahaja boleh menikmati gambar-gambar indah negeri atau negara yang ingin dilawati tanpa perlu berbelanja. Apa yang kamu perlu lakukan hanyalah browsing.

PENURUNAN KUALITI HIDUP

Jika sudah ketagihan, tentu banyak impak negatif yang bakal terjadi. Baik dari kesihatan, ekonomi hinggalah kehidupan sosial individu. Terlalu lama merenung komputer sewaktu menggunakan Internet, boleh mengakibatkan computer vision syndrome iaitu pandangan menjadi kabur serta timbulnya gangguan lain pada mata.

Pasar Tani Stadium Shah Alam@Pasar Karat

Welcome to Pasar Tani Stadium Shah Alam.
As-Salam Sume..Hari nie Cik Merah bangun awal sebab member ajak g pasar tani..Walaupon da tido lambat smlm sbb semangat nk update blog punye pasal tp tetap gagahkan diri tuk bgn awal...Hati member nak kene jaga gak kn..hehehe..tp xrugi pon g pasar karat nie...sbbb macam2 ade dan murah2 belaka..kalo rasa nk bl barang murah2 2 rerajin la pg pagi ahad ye...setiap minggu ade...besttt!!




Selama bertahun-tahun,  pasar tani ini telah bertapak setiap Ahad pada tempat letak kereta Indoor Stadium Shah Alam. Menjadi salah satu passar tani yang terbesar di Malaysia, ia menarik banyak pelawat sambil ia mempunyai banyak agak gerai-gerai untuk memenuhi pelbagai jenis minat dari daging segar, ikan, vege dan buah untuk pelbagai jenis makanan dan perkebunan, bacaan, pakaian, permainan, kereta-kereta dan barang-barang antik. Tempat ini sangat terkenal dikalangan beberapa 'makcik',Kalau anda menyebut Stadium Shah Alam je, imej Pasar Tani muncul dalam kepala mereka sebelum bangunan stadium sendiri!

Walaupn ia terkenal di kalangan "makcik" di shah alam nie...xbermakna org mude2 xleh g...student pon ramai jgk yg g..macam2 ade...untuk semua lapisan masyarakat.Hampir apa-apa jua di dunia ini boleh ditemui di sini. Nikmati!hahaha

Daging segar
No-middlemen supposed to make the price cheaper

Fruits and Vege are fresh.
Crafts
Food!
Now you don’t need to wait till Hari Raya!
Lots and lots of local chips
One of the attractions. Good for Heavy Sunday Breakfast!
Ayam Golek! Yummmy…..’Kenny Rogers’ style chicken.
Roasted Lamb

Also a good place for those with green thumb. Lots of seeds, plants and fertilizer sold here.
And when there’s a crowd, there’s China Brand. Cars!
Is this place worth going? Yes! But do come before 7am as the crowd and heat will spoil your mood if you come too late.
Datanglah beramai-ramai!!!!:-)

Artis & Duta Produk

Wah bertuah betul kalau dah jadi artis ni, kan? Dahlah terkenal, rezeki pula melimpah². Tahniah buat dorang!

1. Ning Baizura - Ning & ibunya merupakan pengguna setia Olay sejak dari dahulu lagi. Berbaloi dengan tawaran yang diterima Ning iaitu menjadi duta pada produk Olay Regenerist.

2. Linda Onn - Penyampai radio popular ni diangkat menjadi duta Shiseido White Lucent tau. Patutlah Linda kini semakin berseri².

Ning Baizura
Linda Onn




Anak Selebriti & Jenama Fesyen

Pepatah “mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi” memang sesuai sangat dengan dorang ni. Bukan saja popular tapi dorang juga punya cita rasa tersendiri.

1. Shiloh Pitt - Angelina & Brad Pitt - Si comel ni tak perlu pening² kepala nak bergaya. Mana taknya, Angelina & Brad Pitt juga bakal mengeluarkan jenama fesyen untuk kanak² & hasil jualan tu nanti akan disalurkan kepada rumah kebajikan.

2. Harlow Madden - Joel Madden & Nicole Richie - Anak kepada Joel Madden & Nicole Richie ni adalah pencinta Skechers Girls. Dari pakaian hinggalah ke kasut, semunya dari jenama pakaian tersebut.

Shiloh Pitt - Angelina & Brad Pitt
Harlow Madden - Joel Madden & Nicole Richie

Proses Kejadian Alam daripada Pandangan al-Quran








Jika kita renungkan sedalam-dalamnya bahawa setiap bintang dan planet itu bebas bergerak di angkasa raya, bergerak dan berputar dari abad ke abad, masing-masing tetap pada jaraknya yang tertentu maka sedarilah betapa hebatnya kekuasaan Allah SWT dalam mengatur segalanya sehingga saling tidak berlanggaran.

Proses kejadian alam ini satu persoalan yang menarik sejak dari zaman dahulu hingga ke hari ini. Manusia masih ingin mencari kepastian asal usul kejadian alam ini. Bagaimana proses kejadiannya. Bagaimana alam ini terjadi dan diciptakan. Manusia masih tercari-cari jawapannya. Manusia tidak jemu-jemu dengan segala usaha dan kemahiran yang ada untuk mencari jawapannya. Ahli-ahli sains hari ini dengan teknologi tinggi dan canggih masih terus berusaha untuk mencari rahsia kejadian alam ini.

Allah yang menciptakan alam ini tidak membiarkan manusia untuk mencari jawapannya kerana Dia Maha Mengetahui akan kelemahan hamba-Nya. Kelemahan manusia sungguh banyak contohnya kita tidak boleh menjelajah jauh ke seluruh pelusuk alam untuk mengetahui keadaan sebenar seluruh alam. Apa yang manusia boleh lakukan hanya meramalkan berdasarkan dengan sedikit ilmu yang ada pada ketika itu. Mungkin betul dan mungkin juga salah. Oleh kerana itulah Allah telah memberitahu manusia jawapan bagaimana dan siapa yang menciptakan alam ini. Jawapan-Nya diterangkan di dalam al- Quran melalui Rasul-Nya. Di dalam al- Quran yang suci Allah menyebutkan Dialah yang menciptakan alam semesta ini dengan kekuasaan dan kehendakNya. Firman-Nya yang bermaksud:

Dan Dialah menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya diwaktu Dia menyatakan, Jadilah lalu terjadilah’, dan di tangan- Nyalah segala kekuasaaan diwaktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.(Surah al-Anaam: 73)

Allah telah menciptakan langit dan bumi ini melalui proses-proses yang dikehendaki-Nya. Sebahagian daripada proses-proses kejadian alam ini telah diterangkan oleh Allah dengan jelas di dalam al-Quran. Allah telah menerangkan bahawa kejadian langit dan bumi ini asalnya daripada satu yang padu, kemudian dipisahkan menjadi langit dan bumi. Firman Allah yang bermaksud: “Dan apakah orang-orang kafir, tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu kedua-duanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan kedua-duanya. Dan daripada air Kami jadikan segala suatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?

Ayat ini menerangkan asal kejadian alam semesta, terdapat tiga maklumat penting yang terkandung di dalam ayat ini berkaitan dengan kejadian alam semesta (Dr.Zakaria Awang Soh,1990).

• Bahan yang membentuk alam semesta ini merupakan satu entiti (suatu yang wujud) tunggal.
• Keseluruhan alam semesta, langit dan bumi adalah tercantum dalam satu unit.
• pemisahan berlaku secara sistematik untuk menghasilkan hukum-hukum fizikal dan peningkatan jirim (ordering matter)


Menari Dalam Bersenam

Tarian...
Alternatif Dalam Bersenam
Santai Dan Menghiburkan



Persepsi bersenam dikatakan satu perkara yang meletihkan membosankan seharusnya kita buang ke tepi jika mahu tubuh sentiasa sihat dan cergas. Alasan tidak mempunyai masa untuk bersenam juga sudah lapuk untuk anda hebohkan. Jika semua persepsi ini anda buang, pastinya aktiviti bersenam ini mampu menjadi aktiviti yang santai dan menghiburkan. Apa yang perlu anda lakukan adalah memilih jenis senaman yang sesuai buat anda. Tiada paksaan jika anda melakukan apa yang anda suka, bukan?

Bagi anda yang mahukan aktiviti cergas yang santai, cubalah tarian. Moden atau tradisional, tidak menjadi persoalan kerana kedua-dua tarian ini dianggap sebagai gerakan yang mempunyai fungsi yang sama terhadap badan kita. Sebenarnya, terdapat banyak jenis tarian yang boleh dipraktikkan untuk dijadikan senaman. Sambil bergerak dengan iringan alunan muzik, ia membuatkan emosi anda menjadi tenang dan gembira. Di samping itu, tarian bukan sahaja untuk golongan muda tetapi juga untuk warga emas terutamanya yang berunsurkan tarian tradisional.

Fakta Tentang Tarian

- Anda boleh membakar kalori yang sama seperti berjalan, berenang atau berbasikal. Dengan menari selama ½ jam, sebanyak 200-400 kalori dapat dibakar.

- Dengan melakukan senaman tarian yang kerap ia boleh membantu memperlahankan kadar degupan jantung, merendahkan tekanan darah dan mengawal kandungan kolesterol.

- Selain itu, pakar turut menyarankan agar senaman berasaskan tarian dapat dilakukan selama 30-40 minit dalam tempoh 3-4 kali seminggu.

- Menari menjadi salah satu aktiviti sosial yang sihat, bukan sahaja dengan tarian tetapi merapatkan ikatan perhubungan, membentuk keyakinan diri dan berfi kiran positif.

Idea dan Tips untuk Cantik


Nak Cantik????
Dahulu, ramai yang memberi alasan malas untuk tidak kelihatan cantik. Untuk menjaga kecantikan secara tradisional mungkin alasan itu boleh diterima memandangkan kaedahnya sangat rumit. Tetapi jika cara atau kemudahan moden yang sedia ada juga kamu malas untuk melakukannya, itu membuktikan kamu memang seorang yang tidak suka perubahan. Namun, jika masih ada di antara kamu yang ingin cantik tetapi mahu cara yang mudah dan ringkas, di bawah ini ada pelbagai cara untuk kamu lakukan. Tips berikut adalah,

Bawa aksesori

Kamu ingin kelihatan ringkas dan tidak mahu sarat dengan aksesori. Mudah sahaja. Kamu hanya perlu memakai jam, gelang, cincin atau kerongsang untuk menambah seri kamu.

Skrub

Melakukan skrub jika tidak kena dengan gayanya memang sukar dan memenatkan. Perkara ini yang membuatkan kamu malas untuk melakukan skrub di rumah. Jangan biarkan alasan itu memakan diri kamu. Letakkan skrub di dalam bilik mandi. Apabila ada skrub di hadapan mata, kamu pasti berkeinginan untuk melakukan skrub sendiri.

Pelbagai warna gincu

Hanya satu gincu di dalam beg? Ia tidak mencukupi. Kamu perlu meletakkan pelbagai warna gincu di dalam beg supaya mudah digunakan. Oleh sebab kamu malas untuk memberatkan beg tangan kamu, hanya satu gincu tidak mencukupi. Satu langkah yang bijak ialah beli ‘palette’ gincu yang kosong.

Pensel mata

Kamu tidak boleh membiarkan mata kamu kelihatan lembap dan kuyu. Ia membuatkan wajah kamu kelihatan kusam dan tidak bermaya. Cara paling mudah untuk mengembalikan seri pada wajah kamu ialah dengan menggariskan pensel mata pada bahagian atas dan bawah mata kamu.

Krim pelindung cahaya matahari

Ada di kalangan kamu beranggapan tidak perlu memakai krim pelindung matahari. Ia mungkin tidak perlu jika kamu hidup pada zaman dahulu. Ini kerana zaman dahulu pada gadis mengamalkan rawatan secara tradisional dan persekitarannya masih hijau.

Peduli

Jika orang kata beg kamu seperti poket kartun Doremon. Ini disebabkan hanya kamu yang tahu menilai beg kamu yang penuh berisi itu. Cuma disarankan, beg tangan kamu perlulah dari fabrik yang tidak berat supaya bahu kamu tidak terbeban oleh peralatan yang kamu bawa.

RAHSIA BULAN KELAHIRAN











JANUARI
·           Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi
           
      

FEBRUARI


·        Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi






MAC


* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

                                                                                                
 


APRIL




* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu
                                                                                                 


MEI



* Keras hati & degil.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros


JUN




* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap

 


JULAI



* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja
                                                     ATAS                                           
     

OGOS




* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

 


SEPTEMBER




* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik



OKTOBER




* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat




NOVEMBER





* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

 

 DISEMBER




* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
                        * Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
        * Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Kenapa Semut Berhenti bila Jumpa Kawan


Mengapa semut berhenti sekejap ketika bertemu dengan semut yang lain?
Semut yang kelihatan “berlaga kepala” ketika bertemu itu sebenarnya sedang berkomunikasi. TC Schneirla, seorang saintis di Universiti New York, pernah mengadakan eksperimen pasal semut. Dia mengambil seekor semut kemudian diletakkan dalam tempat yang berisi makanan. Semut lain diletakkan dalam bekas yang mengandungi semut-semut musuh. Kemudian kelakuan kedua-dua semut ini diperhatikan terutama ketika bertemu dengan rakan-rakannya di jalan.

Photobucket
Dari eksperimen itu Schneirla menyimpulkan bahawa bahan kimia yang dikeluarkan dari makanan ataupun dari musuh semut melekat pada semut itu. Ketika bertemu dengan kawannya, semut ini akan saling menyapa (bersentuhan). Kemudian, dengan saling menyapa inilah zat kimia dari semut akan memberi tahu temannya (melalui antena di kepala semut) adakah di kawasan sekitarnya ada makanan ataupun ada musuh.
Umat Islam pun amat digalakkan bersalam ketika bertemu temannya yang lain. Dengan bersalam biasanya akan bertanya khabar. Dan dengan ini kita boleh mengetahui adanya berita baik atau pun berita buruk.
Malangnya orang kita sekarang ini terutama di bandar yang saling tidak menyapa antara satu sama lain. Sendrik mau ingat, kenalkah 40 orang jiran di kanan rumah anda, 40 orang di kiri rumah anda, ke depan dan belakang?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...