Pages

Saturday, March 19, 2011

Info-info sihat yang boleh anda jadikan panduan

  • Mengapa Bibir Boleh Menjadi Kering?

Masalah bibir pecah-pecah disebabkan oleh hilangnya lembapan di bawah kulit bibir. Minyak semulajadi kulit mudah berkurangan jika kulit mendapat pendedahan yang berterusan di bawah cahaya matahari, angin dan juga udara kering. Perbuatan membasahkan bibir berulang kali tanpa melindunginya terlebih dahulu boleh membawa kepada masalah ini. Keadaan akan menjadi tambah buruk jika tubuh kekurangan nutrisi asid lemak atau vitamin D di samping mengamalkan diet yang buruk dan masalah dehidrasi

  •   Tindik Telinga Pun Ada Risiko

Selepas bertindik, tengoklah di bahagian telinga anda jika wujud kesan kemerahan, iritasi, sakit atau timbulnya nanah hijau atau kuning. Telinga yang telah dijangkiti akan merasa panas apabila disentuh. Untuk mengatasi masalah ini, rendamkan bebola kapas ke dalam solusi campuran garam laut asli dan air panas. Kemudian, sapukan terus kepada bahagian telinga yang telah dijangkiti dan masalah ini boleh diatasi selepas beberapa hari. 


  • Lelaki Berbohong 1092 Kali Dalam Setahun
Berdasarkan penelitian di england, kebanyakan lelaki berbohong tiga kali setiap hari (1092 kali dalam setahun) berbanding dengan wanita yang hanya berbohong sebanyak 728 kali setahun. Daripada jumlah itu, 25% lelaki mengaku berbohong kepada ibunya dan 10% mengaku berbohong kepada kekasih atau isteri.

Friday, March 18, 2011

Dibuai angin asmara

PONDOK...rumah di atas pokok yang diserbu penguat kuasa Jaim, kelmarin.
PONDOK...rumah di atas pokok yang diserbu penguat kuasa Jaim, kelmarin.

MELAKA: Seorang lelaki sanggup berbelanja besar untuk mengubah suai pangkin bagi mencapai hasratnya mendirikan sebuah ‘mahligai’ di atas pokok bagi membolehkan dia tinggal sebumbung bersama kekasihnya.
Bagaimanapun, kediaman ibarat chalet di Pantai Kundor, dekat sini, yang lengkap elektrik, tempat tidur, televisyen dan tandas milik lelaki itu diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin.

Dalam serbuan itu, Jaim menahan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun dan kekasihnya, wanita warga Indonesia berusia 23 tahun yang mendiami pondok terbabit.
Turut ditahan ialah anak saudara lelaki terbabit berusia 22 tahun yang berada dalam rumah di atas pokok itu dipercayai mengunjungi mereka.

Pondok terbabit dibina tiang penyokong, tangga dan mempunyai titi untuk ke beberapa bahagian di atas pokok berkenaan selain dilengkapi beranda.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani, berkata sepasukan pegawai dan anggotanya ke pondok terbabit selepas menerima aduan ada perbuatan maksiat dilakukan di sebuah rumah di atas pokok.

Katanya, apabila tiba di lokasi berkenaan pihaknya mendapati ada tangga untuk naik ke pondok dan selepas dua anggotanya naik serta mengetuk pintu, ia dibuka seorang lelaki.

“Selepas memperkenalkan diri, anggota kami masuk ke dalam pondok terbabit dan menemui seorang lagi lelaki serta seorang wanita.
“Apabila disoal siasat, wanita itu tiada hubungan mahram dengan kedua-dua lelaki terbabit. Wanita itu juga mengaku tinggal di dalam pondok terbabit bersama lelaki berusia 31 tahun itu yang juga kekasihnya,” katanya.

Rahimin berkata, siasatan awal mendapati pasangan terbabit tinggal di pondok yang diubah suai di atas pokok berkenaan sejak hampir setahun lalu.

Katanya, berdasarkan maklumat, pondok terbabit asalnya dijadikan tempat seorang ahli keluarga lelaki itu mengajar al-Quran yang meninggal dunia beberapa tahun lalu dan sejak itu pondok terbabit tidak digunakan.

Menurutnya, lelaki terbabit yang bekerja sendiri mengubah suai pangkin berkenaan untuk dijadikan kediamannya.

“Bagaimanapun, dia bertindak luar batasan apabila tinggal bersama wanita Indonesia yang juga seorang pekerja industri seolah-olah suami isteri,” katanya.

Rahimin berkata, dua lelaki dan wanita warga Indonesia terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersekediaman dengan bukan muhrim. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya.

p/s: berita ni dipetik dari mymetro...

Wednesday, March 16, 2011

Fakta tentang manusia!!

1) Manusia yang pertama dijangkiti HIV ialah pada tahun 1930an.

2) Manusia yang mempunyai tahi lalat lebih banyak dipercayai hidup lebih lama berbanding manusia yang kurang tahi lalat. (wuahahhaha.. kelakar! datuk saripah aini hidup lama la ek??

3) Wanita mengelipkan mata dua kali lebih berbanding lelaki.

4) Manusia yang bijak dan intelligent mempunyai lebih molekul zink dan kuprum di dalam rambut mereka. (pergh.. sape yang rajin gi wat kajian ini??)
 
5) Otot yang paling kuat pada seorang manusia ialah lidahnya. (hurmm.. betol la kata pepatah lidah lebih tajam dari pedang eh?

6) Tubuh kita menghasilkan dan membunuh 15 million sel darah merah dalam sesaat!

7) Secara purata, manusia menghasilkan 10,000 gallon air liur sepanjang hayatnya.

8) Ada seorang bayi lahir dalam setiap 7 saat. (wahhh!) 

9) Anda akan dapat mengesan seekor skunk (yg bau busuk tu) dengan hanya menghidu 0.000000000000071 ounce dari bau nya. (betapa sensitif nya hidung kita...) 

10) Kita bernafas lebih kurang 10 million kali setahun.

11) Semakin sejuk suhu bilik tidur anda, lebih tinggi kebarangkalian anda untuk mendapat mimpi ngeri/ buruk.

12) Cuba teka dalam 5 jari kita.. yang mana kukunya lebih cepat panjang/tumbuh? Jawapannya jari hantu / tengah. :)

13) Jari yang paling sensitif ialah jari telunjuk.

14) Nisbah berat otak dan berat badan manusia ialah 1/40 kilogram.

15) Selepas makan terlalu banyak, pendengaran anda akan kurang daripada normal. (hehehe.. cam tak logik je kaitan makan ngan telinga..

16) Rambut wanita mempunyai diameter 1/2 dari diameter rambut lelaki. (adoii.. sape la yang pegi kira semua nih???

17) Tulang yang paling kuat pada tubuh seorang manusia ialah tulang dagunya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...