Pages

Sunday, February 13, 2011

Menari Dalam Bersenam

Tarian...
Alternatif Dalam Bersenam
Santai Dan Menghiburkan



Persepsi bersenam dikatakan satu perkara yang meletihkan membosankan seharusnya kita buang ke tepi jika mahu tubuh sentiasa sihat dan cergas. Alasan tidak mempunyai masa untuk bersenam juga sudah lapuk untuk anda hebohkan. Jika semua persepsi ini anda buang, pastinya aktiviti bersenam ini mampu menjadi aktiviti yang santai dan menghiburkan. Apa yang perlu anda lakukan adalah memilih jenis senaman yang sesuai buat anda. Tiada paksaan jika anda melakukan apa yang anda suka, bukan?

Bagi anda yang mahukan aktiviti cergas yang santai, cubalah tarian. Moden atau tradisional, tidak menjadi persoalan kerana kedua-dua tarian ini dianggap sebagai gerakan yang mempunyai fungsi yang sama terhadap badan kita. Sebenarnya, terdapat banyak jenis tarian yang boleh dipraktikkan untuk dijadikan senaman. Sambil bergerak dengan iringan alunan muzik, ia membuatkan emosi anda menjadi tenang dan gembira. Di samping itu, tarian bukan sahaja untuk golongan muda tetapi juga untuk warga emas terutamanya yang berunsurkan tarian tradisional.

Fakta Tentang Tarian

- Anda boleh membakar kalori yang sama seperti berjalan, berenang atau berbasikal. Dengan menari selama ½ jam, sebanyak 200-400 kalori dapat dibakar.

- Dengan melakukan senaman tarian yang kerap ia boleh membantu memperlahankan kadar degupan jantung, merendahkan tekanan darah dan mengawal kandungan kolesterol.

- Selain itu, pakar turut menyarankan agar senaman berasaskan tarian dapat dilakukan selama 30-40 minit dalam tempoh 3-4 kali seminggu.

- Menari menjadi salah satu aktiviti sosial yang sihat, bukan sahaja dengan tarian tetapi merapatkan ikatan perhubungan, membentuk keyakinan diri dan berfi kiran positif.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...