Pages

Saturday, March 19, 2011

Info-info sihat yang boleh anda jadikan panduan

  • Mengapa Bibir Boleh Menjadi Kering?

Masalah bibir pecah-pecah disebabkan oleh hilangnya lembapan di bawah kulit bibir. Minyak semulajadi kulit mudah berkurangan jika kulit mendapat pendedahan yang berterusan di bawah cahaya matahari, angin dan juga udara kering. Perbuatan membasahkan bibir berulang kali tanpa melindunginya terlebih dahulu boleh membawa kepada masalah ini. Keadaan akan menjadi tambah buruk jika tubuh kekurangan nutrisi asid lemak atau vitamin D di samping mengamalkan diet yang buruk dan masalah dehidrasi

  •   Tindik Telinga Pun Ada Risiko

Selepas bertindik, tengoklah di bahagian telinga anda jika wujud kesan kemerahan, iritasi, sakit atau timbulnya nanah hijau atau kuning. Telinga yang telah dijangkiti akan merasa panas apabila disentuh. Untuk mengatasi masalah ini, rendamkan bebola kapas ke dalam solusi campuran garam laut asli dan air panas. Kemudian, sapukan terus kepada bahagian telinga yang telah dijangkiti dan masalah ini boleh diatasi selepas beberapa hari. 


  • Lelaki Berbohong 1092 Kali Dalam Setahun
Berdasarkan penelitian di england, kebanyakan lelaki berbohong tiga kali setiap hari (1092 kali dalam setahun) berbanding dengan wanita yang hanya berbohong sebanyak 728 kali setahun. Daripada jumlah itu, 25% lelaki mengaku berbohong kepada ibunya dan 10% mengaku berbohong kepada kekasih atau isteri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...