Pages

Sunday, February 13, 2011

Artis & Duta Produk

Wah bertuah betul kalau dah jadi artis ni, kan? Dahlah terkenal, rezeki pula melimpah². Tahniah buat dorang!

1. Ning Baizura - Ning & ibunya merupakan pengguna setia Olay sejak dari dahulu lagi. Berbaloi dengan tawaran yang diterima Ning iaitu menjadi duta pada produk Olay Regenerist.

2. Linda Onn - Penyampai radio popular ni diangkat menjadi duta Shiseido White Lucent tau. Patutlah Linda kini semakin berseri².

Ning Baizura
Linda Onn




Anak Selebriti & Jenama Fesyen

Pepatah “mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi” memang sesuai sangat dengan dorang ni. Bukan saja popular tapi dorang juga punya cita rasa tersendiri.

1. Shiloh Pitt - Angelina & Brad Pitt - Si comel ni tak perlu pening² kepala nak bergaya. Mana taknya, Angelina & Brad Pitt juga bakal mengeluarkan jenama fesyen untuk kanak² & hasil jualan tu nanti akan disalurkan kepada rumah kebajikan.

2. Harlow Madden - Joel Madden & Nicole Richie - Anak kepada Joel Madden & Nicole Richie ni adalah pencinta Skechers Girls. Dari pakaian hinggalah ke kasut, semunya dari jenama pakaian tersebut.

Shiloh Pitt - Angelina & Brad Pitt
Harlow Madden - Joel Madden & Nicole Richie

Proses Kejadian Alam daripada Pandangan al-Quran








Jika kita renungkan sedalam-dalamnya bahawa setiap bintang dan planet itu bebas bergerak di angkasa raya, bergerak dan berputar dari abad ke abad, masing-masing tetap pada jaraknya yang tertentu maka sedarilah betapa hebatnya kekuasaan Allah SWT dalam mengatur segalanya sehingga saling tidak berlanggaran.

Proses kejadian alam ini satu persoalan yang menarik sejak dari zaman dahulu hingga ke hari ini. Manusia masih ingin mencari kepastian asal usul kejadian alam ini. Bagaimana proses kejadiannya. Bagaimana alam ini terjadi dan diciptakan. Manusia masih tercari-cari jawapannya. Manusia tidak jemu-jemu dengan segala usaha dan kemahiran yang ada untuk mencari jawapannya. Ahli-ahli sains hari ini dengan teknologi tinggi dan canggih masih terus berusaha untuk mencari rahsia kejadian alam ini.

Allah yang menciptakan alam ini tidak membiarkan manusia untuk mencari jawapannya kerana Dia Maha Mengetahui akan kelemahan hamba-Nya. Kelemahan manusia sungguh banyak contohnya kita tidak boleh menjelajah jauh ke seluruh pelusuk alam untuk mengetahui keadaan sebenar seluruh alam. Apa yang manusia boleh lakukan hanya meramalkan berdasarkan dengan sedikit ilmu yang ada pada ketika itu. Mungkin betul dan mungkin juga salah. Oleh kerana itulah Allah telah memberitahu manusia jawapan bagaimana dan siapa yang menciptakan alam ini. Jawapan-Nya diterangkan di dalam al- Quran melalui Rasul-Nya. Di dalam al- Quran yang suci Allah menyebutkan Dialah yang menciptakan alam semesta ini dengan kekuasaan dan kehendakNya. Firman-Nya yang bermaksud:

“Dan Dialah menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya diwaktu Dia menyatakan, Jadilah lalu terjadilah’, dan di tangan- Nyalah segala kekuasaaan diwaktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Anaam: 73)

Allah telah menciptakan langit dan bumi ini melalui proses-proses yang dikehendaki-Nya. Sebahagian daripada proses-proses kejadian alam ini telah diterangkan oleh Allah dengan jelas di dalam al-Quran. Allah telah menerangkan bahawa kejadian langit dan bumi ini asalnya daripada satu yang padu, kemudian dipisahkan menjadi langit dan bumi. Firman Allah yang bermaksud: “Dan apakah orang-orang kafir, tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu kedua-duanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan kedua-duanya. Dan daripada air Kami jadikan segala suatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?

Ayat ini menerangkan asal kejadian alam semesta, terdapat tiga maklumat penting yang terkandung di dalam ayat ini berkaitan dengan kejadian alam semesta (Dr.Zakaria Awang Soh,1990).

• Bahan yang membentuk alam semesta ini merupakan satu entiti (suatu yang wujud) tunggal.
• Keseluruhan alam semesta, langit dan bumi adalah tercantum dalam satu unit.
• pemisahan berlaku secara sistematik untuk menghasilkan hukum-hukum fizikal dan peningkatan jirim (ordering matter)


Menari Dalam Bersenam

Tarian...
Alternatif Dalam Bersenam
Santai Dan Menghiburkan



Persepsi bersenam dikatakan satu perkara yang meletihkan membosankan seharusnya kita buang ke tepi jika mahu tubuh sentiasa sihat dan cergas. Alasan tidak mempunyai masa untuk bersenam juga sudah lapuk untuk anda hebohkan. Jika semua persepsi ini anda buang, pastinya aktiviti bersenam ini mampu menjadi aktiviti yang santai dan menghiburkan. Apa yang perlu anda lakukan adalah memilih jenis senaman yang sesuai buat anda. Tiada paksaan jika anda melakukan apa yang anda suka, bukan?

Bagi anda yang mahukan aktiviti cergas yang santai, cubalah tarian. Moden atau tradisional, tidak menjadi persoalan kerana kedua-dua tarian ini dianggap sebagai gerakan yang mempunyai fungsi yang sama terhadap badan kita. Sebenarnya, terdapat banyak jenis tarian yang boleh dipraktikkan untuk dijadikan senaman. Sambil bergerak dengan iringan alunan muzik, ia membuatkan emosi anda menjadi tenang dan gembira. Di samping itu, tarian bukan sahaja untuk golongan muda tetapi juga untuk warga emas terutamanya yang berunsurkan tarian tradisional.

Fakta Tentang Tarian

- Anda boleh membakar kalori yang sama seperti berjalan, berenang atau berbasikal. Dengan menari selama ½ jam, sebanyak 200-400 kalori dapat dibakar.

- Dengan melakukan senaman tarian yang kerap ia boleh membantu memperlahankan kadar degupan jantung, merendahkan tekanan darah dan mengawal kandungan kolesterol.

- Selain itu, pakar turut menyarankan agar senaman berasaskan tarian dapat dilakukan selama 30-40 minit dalam tempoh 3-4 kali seminggu.

- Menari menjadi salah satu aktiviti sosial yang sihat, bukan sahaja dengan tarian tetapi merapatkan ikatan perhubungan, membentuk keyakinan diri dan berfi kiran positif.

Idea dan Tips untuk Cantik


Nak Cantik????
Dahulu, ramai yang memberi alasan malas untuk tidak kelihatan cantik. Untuk menjaga kecantikan secara tradisional mungkin alasan itu boleh diterima memandangkan kaedahnya sangat rumit. Tetapi jika cara atau kemudahan moden yang sedia ada juga kamu malas untuk melakukannya, itu membuktikan kamu memang seorang yang tidak suka perubahan. Namun, jika masih ada di antara kamu yang ingin cantik tetapi mahu cara yang mudah dan ringkas, di bawah ini ada pelbagai cara untuk kamu lakukan. Tips berikut adalah,

Bawa aksesori

Kamu ingin kelihatan ringkas dan tidak mahu sarat dengan aksesori. Mudah sahaja. Kamu hanya perlu memakai jam, gelang, cincin atau kerongsang untuk menambah seri kamu.

Skrub

Melakukan skrub jika tidak kena dengan gayanya memang sukar dan memenatkan. Perkara ini yang membuatkan kamu malas untuk melakukan skrub di rumah. Jangan biarkan alasan itu memakan diri kamu. Letakkan skrub di dalam bilik mandi. Apabila ada skrub di hadapan mata, kamu pasti berkeinginan untuk melakukan skrub sendiri.

Pelbagai warna gincu

Hanya satu gincu di dalam beg? Ia tidak mencukupi. Kamu perlu meletakkan pelbagai warna gincu di dalam beg supaya mudah digunakan. Oleh sebab kamu malas untuk memberatkan beg tangan kamu, hanya satu gincu tidak mencukupi. Satu langkah yang bijak ialah beli ‘palette’ gincu yang kosong.

Pensel mata

Kamu tidak boleh membiarkan mata kamu kelihatan lembap dan kuyu. Ia membuatkan wajah kamu kelihatan kusam dan tidak bermaya. Cara paling mudah untuk mengembalikan seri pada wajah kamu ialah dengan menggariskan pensel mata pada bahagian atas dan bawah mata kamu.

Krim pelindung cahaya matahari

Ada di kalangan kamu beranggapan tidak perlu memakai krim pelindung matahari. Ia mungkin tidak perlu jika kamu hidup pada zaman dahulu. Ini kerana zaman dahulu pada gadis mengamalkan rawatan secara tradisional dan persekitarannya masih hijau.

Peduli

Jika orang kata beg kamu seperti poket kartun Doremon. Ini disebabkan hanya kamu yang tahu menilai beg kamu yang penuh berisi itu. Cuma disarankan, beg tangan kamu perlulah dari fabrik yang tidak berat supaya bahu kamu tidak terbeban oleh peralatan yang kamu bawa.

RAHSIA BULAN KELAHIRAN











JANUARI
·           Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi
           
      

FEBRUARI


·        Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi






MAC


* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

                                                                                                
 


APRIL




* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu
                                                                                                 


MEI



* Keras hati & degil.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros


JUN




* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap

 


JULAI



* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja
                                                     ATAS                                           
     

OGOS




* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

 


SEPTEMBER




* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik



OKTOBER




* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat




NOVEMBER





* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

 

 DISEMBER




* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
                        * Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
        * Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Kenapa Semut Berhenti bila Jumpa Kawan


Mengapa semut berhenti sekejap ketika bertemu dengan semut yang lain?
Semut yang kelihatan “berlaga kepala” ketika bertemu itu sebenarnya sedang berkomunikasi. TC Schneirla, seorang saintis di Universiti New York, pernah mengadakan eksperimen pasal semut. Dia mengambil seekor semut kemudian diletakkan dalam tempat yang berisi makanan. Semut lain diletakkan dalam bekas yang mengandungi semut-semut musuh. Kemudian kelakuan kedua-dua semut ini diperhatikan terutama ketika bertemu dengan rakan-rakannya di jalan.

Photobucket
Dari eksperimen itu Schneirla menyimpulkan bahawa bahan kimia yang dikeluarkan dari makanan ataupun dari musuh semut melekat pada semut itu. Ketika bertemu dengan kawannya, semut ini akan saling menyapa (bersentuhan). Kemudian, dengan saling menyapa inilah zat kimia dari semut akan memberi tahu temannya (melalui antena di kepala semut) adakah di kawasan sekitarnya ada makanan ataupun ada musuh.
Umat Islam pun amat digalakkan bersalam ketika bertemu temannya yang lain. Dengan bersalam biasanya akan bertanya khabar. Dan dengan ini kita boleh mengetahui adanya berita baik atau pun berita buruk.
Malangnya orang kita sekarang ini terutama di bandar yang saling tidak menyapa antara satu sama lain. Sendrik mau ingat, kenalkah 40 orang jiran di kanan rumah anda, 40 orang di kiri rumah anda, ke depan dan belakang?

Monday, February 7, 2011

4 Musim di Bukit Cerakah


Di Taman Pertanian Malaysia Bukit Cerakah Shah Alam.........

Dengan perubahan musim setiap 3 bulan, pengunjung dapat merasai pengalaman seperti berada dinegara 4 musim.

Musim Sejuk(dec-feb)
Musim bunga(mac-mei)
Musim Panas(jun-ogos)
Musim gugur(sep-nov)


Harga masuk ialah RM3 dewasa, bas ada disediakan, kalau nak lebih advanture naik basikal la...RM3-RM5(tengok basikat baru ke lama), kalau naik basikal pastikan stamina kuat..berbukit-bukit kot...tapi best la..ktorg dah try..kalo nak cuba boleh lah pergi ye...:-)


 basikal ade yang ade gear ngn xde gear,kalo bleh pilih la yang ade gear sebab senang nk panjat bukit nnt...tapi kali rasa kaki 2 kuat nk mengayuh pakai la yg xde gear br la mencabar...hehehe
***Waktu melawat dari 9 pagi hingga 4.30 petang dan berkhidmatan bas di dalam kawasan bukit cerakah disediakan.

Rakaman pertama Muzik-Muzik 26


picture kat atas td ialah picture artis yg terlibat masa rakaman muzi-muzik 26 yang pertama yg berlansung di sri pentas 2 Plaza Alam Sentral,shah alam..first time g tgk rakaman mm26...ingatkan ramai la yg pegi tgk..rupe2nyer ade la beberapa oeg je yg dtg tengok...mungkin org xtau lagi kot maklumlah rakaman yg pertama mm26..aku pon secara xsengaja ternampak iklan dkt tv then terus g..nak isi masa lapang..tup tup kena jadi tukang sorak plak sebab xramai yg datang...ape lagi sorak sakan la sambil 2 dapat masuk tv...hehehe..

kalo ade sesiapa yg xtau nk wat ape mlm2 dkt shah alam nie...jom la beramai2 memeriahkan rakaman muzik-muzik 26...memang best la dapat tgk artis nyanyi life depan mata..sambil 2 bleh cuci mata( tuk lelaki la)...hehe..pape pon ...layanzz...





















Amacam...best kan dapat cuci mata..ramai plak artis yang terlibat...paling best time Adzrina Azdhar punye persembahan...dengan lagu hati malaya nye...die punye joget la..memang kalo tengak x berkedip la mata...tapi pesanan tuk AA 2 kalo nyanyi sebut `s' tu betul2 ye..:-) jgn marah...hehehe

***jgn lupa saksikan MM26 setiap sabtu jam 5ptg di TV3...stay tune:-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...